fbpx

Aiman Rosli sah sertai TSG tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIMAN ROSLI sewaktu menyertai LTDL 2023 – AMIR KHALID

PELUMBA berbasikal kebangsaan, Muhammad Nur Aiman Rosli yang tampil cemerlang pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (2023) sah melebarkan sayapnya dengan menyertai pasukan No. 1 Asia, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) bagi musim 2024.

Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus tanpa berselindung mengesahkan perkara tersebut dan mendedahkan bahawa Aiman Rosli bakal menyertai keluarga besar TSG selama setahun bermula 1 Januari ini.

“Permohonan sudah dibuat Aiman kepada saya pada Julai 2023 dan dia secara rasmi menghantar resume dan permohonan selepas itu. Perkara ini juga sudah dibawa kepada mesyuarat jawatankuasa pelantikan dan kontrak kakitangan dan pelumba TSG yang bersidang pada 20 Ogos 2023.

NUR AIMAN ketika memulakan saingan bersama pasukan Malaysia pada LTdL 2023.

“Maka hasil daripada keputusan mesyuarat, pihak jawatankuasa pemilihan pelumba, bersetuju mengambilnya dan menawarkan kontrak.

“Dia menandatangani kontrak bersama TSG untuk satu tahun bermula 1 Januari sehingga 31 Disember 2024. Kita melihat dari sudut bakat yang ada pada dirinya,” kata Nasiruddin dalam satu hantaran video kepada media, hari ini.

Dalam pada itu, Nasiruddin turut berkata, TSG akan membantu pelumba muda negara itu untuk terus lebarnya sayapnya dalam kejohanan pada tahun depan.

“Kita rasa sayang kalau biarkan dirinya tanpa ada pasukan yang membimbing. Pihak pengurusan TSG bersetuju memberi peluang kepadanya dan harap beri komitmen 100 peratus untuk mewakili TSG bagi tahun 2024 dan mewakili negara di mana-mana temasya akan datang,” ujarnya.

Pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 baru-baru ini, Aiman yang mewakili pasukan kebangsaan Malaysia tampil cemerlang pada Peringkat 3 dari Jeli ke Baling sekali gus menyarung Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia. -KOSMO! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN