fbpx

TH beri amaran scammer di Facebook, TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) meminta orang ramai supaya berhati-hati agar tidak menjadi mangsa scammer di aplikasi Facebook dan TikTok.

TH dalam satu kenyataan memaklumkan terdapat pihak yang menyamar dan menggunakan logo TH serta menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan di platform itu.

“TH menyarankan para pendeposit dan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan tipu helah yang dilakukan oleh ‘scammer’.

“Terbaharu, pihak yang tidak bertanggungjawab (scammer) kini menggunakan taktik di mana mereka mengiklankan skim pelaburan di media sosial seperti Facebook dan TikTok.

“Iklan-iklan ini akan dihubungkan dengan aplikasi WhatsApp untuk terus memperdaya orang ramai dengan menjanjikan keuntungan tinggi dan pantas,” katanya.

Dalam pada itu, TH menasihati orang ramai terutamanya pendeposit TH untuk berhati-hati agar tidak mudah percaya dan terjerat dengan tawaran pelaburan menerusi skim-skim meragukan.

“TH sentiasa memberi peringatan dan nasihat berkaitan perkara ini kepada para pendeposit di platform-platform komunikasi rasmi TH.

“Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI