fbpx

Terengganu bawa serampang dua mata jumpa KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STEINBRUCKNER gigih dalam melatih barisan pemain Terengganu menjelang aksi separuh akhir menentang KL City di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

TERENGGANU FC (TFC) membawa misi serampang dua mata pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia bertemu KL City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner berkata, anak-anak buahnya bersemangat untuk menebus kekalahan kepada lawan sama di peringkat separuh akhir Piala FA sebelum ini.

Tegas beliau, skuad Sang Penyu juga turun di gelanggang lawan dengan misi mencari bekalan selesa untuk dibawa pulang sebelum aksi timbal balik di laman sendiri kelak.

“Kekalahan kepada KL City (separuh akhir Piala FA) masih dirasai apatah lagi kami tumpas menerusi sepakan penalti di ge­langgang sendiri, namun kami berpeluang menebus kekecewaan itu pada malam esok (ini).

“90 minit pertama sangat penting untuk anak-anak buah saya fokus dan bijak menyudahkan peluang terhidang bagi mencari kelebihan gol sebelum separuh akhir kedua nanti,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Steinbruckner berkata, anak-anak buahnya kini berada di tahap motivasi terbaik untuk me­numbangkan KL City, meskipun menyedari rekod tiga pertemuan dengan skuad ibu kota tersebut pada musim ini tidak berpihak kepada mereka.

Jurulatih berasal dari Croatia itu berkata, TFC fokus untuk menempah tiket ke final Piala Malaysia yang kini hanya dipisahkan dalam tempoh 180 minit.

“Saya akan mempertaruhkan barisan terbaik termasuk Ivan Mamut yang akan kembali mengetuai jentera serangan,” katanya.

Sementara itu, ketua pasukan, Habib Haroon pula menuntut rakan-sepasukan terutama barisan serangan agar lebih prolifik di depan pintu gol dan tidak mensia-siakan peluang terhidang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI