fbpx

Setiausaha Politik Anwar bidas kenyataan Abdul Hadi dakwa Kerajaan Perpaduan ‘kotor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Farhan (kiri), Abdul Hadi (kanan).

PETALING JAYA – Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi membidas kenyataan yang dikeluarkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang secara sinis mendakwa seolah-olah kerajaan tidak dapat disucikan kerana dikelilingi bekas banduan dan perasuah.

Ahmad Farhan dalam satu kenyataan di Facebook menegaskan seorang agamawan seperti Abdul Hadi itu seharusnya menguar-uarkan nilai kebersamaan, kesatuan serta kekitaan.

“Hal ini kerana agama Islam telah tersebar melalui penyatuan manusia yang mempunyai pelbagai latar belakang.

“Lantaran itu, saya berpandangan bahawa dalam ketika kita hendak berpolitik, biarlah ia bersifat sederhana dan jangan sampai kita memecah-belahkan umat, melontarkan fitnah dan mengadu domba,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Marang itu dalam sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Pas ke-69 menyifatkan, partinya tidak mampu membersihkan Kerajaan Perpaduan yang sudah sedia tercemar.

Beliau turut menggambarkan Kerajaan Perpaduan ‘kotor’ kerana dianggotai oleh bekas banduan dan ‘kluster mahkamah’.

“Kamu boleh lihat kerajaan Pakatan Harapan (PH) siapa dalamnya. Cuci macam mana?

“Bekas banduan ada, kluster mahkamah (kes rasuah) pun ada, macam mana kami nak ikut (sertai) Kalau nak bersihkan najis, tak boleh masuk dalam tong najis… kita duduk di luar,” kata Abdul Hadi.

Dalam pada itu, Ahmad Farhan berkata, walaupun seseorang itu mengetuai parti yang tertera nama Islam, namun mereka tidak sepatutnya melabelkan pihak lain sebagai tidak suci.

“Jangan hanya kerana kita mengenakan kopiah di atas kepala dan mengemudi parti yang tertera nama Islam, kita merasakan seolah-olah pihak lain tidak suci mahupun tidak ‘Islam’ sepenuhnya,” tegasnya.

Ujarnya lagi, beliau berharap perkara itu menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak berlebih-lebih dalam berpolitik sehingga sanggup merendahkan pihak lain kerana perbezaan ideologi dengan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI