fbpx

Romeo ‘kacak’, tinggi 1.9 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan bermain dengan Romeo di Santuari Haiwan Welcome Home. - Bob Williams/The Chronicle

SALEM, OREGON – Seekor lembu jantan di negeri Oregon dipercayai lembu tertinggi di dunia dengan ketinggian 1.9 meter, lapor akhbar The Sun semalam.

Lembu baka Holstein bernama Romeo itu dipercayai lebih tinggi daripada pemegang rekod semasa iaitu lembu jantan berketinggian 1.85 meter bernama Tommy dari negeri Massachusetts.

Romeo tinggal di Santuari Haiwan Welcome Home di Creswell, Oregon sejak ia berusia 10 hari.

Sukarelawan santuari itu menyelamatkan Romeo dari kandang tertutup di sebuah ladang tenusu dan membawanya kembali ke tempat perlindungan haiwan mereka.

“Ia diselamatkan oleh seorang wanita yang mengunjungi sebuah ladang tenusu. Selepas melihat anak-anak lembu di kandang tertutup, dia membebaskan lima daripadanya.

“Dia kemudian menghubungi santuari dan kami akhirnya dapat menyelamatkan Romeo dan Milo,” kata pengasas Welcome Home, Misty Moore.

Menurut Moore, santuari itu kini dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan Guinness World Records dalam menobatkan Romeo sebagai lembu tertinggi di dunia.

Jurucakap santuari itu berkata: “Menurut Guinness World Records, lembu hidup paling tinggi di dunia sekarang memiliki ketinggian 1.85 meter. Bolehkah Romeo menjadi lembu tertinggi?” – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI