fbpx

Piala Malaysia: Terengganu FC ‘berpeluh’ benam KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain TFC meraikan kemenangan dengan mengibarkan bendera Palestin di Stadium Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi. - Foto oleh ISKANDAR ISHAK/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pasukan Terengganu FC (TFC) terpaksa bermandi peluh sebelum melakar kemenangan 2-1 ke atas Kuala Lumpur City (KL City) pada aksi separuh akhir pertama sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadiuk Kuala Lumpur, Cheras itu, skuad Warga Kota terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pembukaan yang dilakukan oleh pasukan pelawat, Ivan Mamut pada minit ke-45.

Bersambung pada separuh masa kedua, skuad Sang Penyu semakin ghairah memburu jaringan dengan mendominasi sebahagian besar perlawanan manakala pasukan tuan rumah hanya menggunakan taktikal serangan balas pantas.

Pemain gantian, Nik Sharif Haseefy akhirnya memastikan TFC selesa didepan apabila meledak gol cantik menerusi luar kotak penalti pada minit ke-88.

Bagaimanapun, impian TFC untuk membawa bekalan selesa tidak kesampaian selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan.

Kesempatan tersebut digunakan sepenuhnya oleh penyerang import, Tchetche Kipre untuk merapatkan kedudukan dengan kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

KL City berharap dapat mara ke pentas final Piala Malaysia selepas menjuarai edisi 2021 manakala kali terakhir TFC ke perlawanan akhir adalah pada tahun 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI