fbpx

Piala Dunia Ragbi: Springboks waspada dendam England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AFRIKA SELATAN menjadi pasukan pilihan menjelang aksi menentang England ketika mereka memegang status juara bertahan. - AFP

LYON – Skuad ragbi Afrika Selatan enggan menjadikan status selaku juara bertahan sebagai tiket untuk layak secara automatik ke pentas final menjelang aksi penting menentang England pada separuh akhir Piala Dunia 2023 awal pagi esok.

Sebagai rekod, skuad Springboks berjaya mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri pada final edisi 2019 di Jepun untuk bergelar juara apabila menewaskan England di pentas final dengan keputusan 32-12.

Pengendali Afrika Selatan, Rassie Erasmus mengakui pasukannya adalah pilihan untuk mempertahankan kejuaraan pada kali ini, tetapi menyeru barisan pemain tidak memandang rendah dengan kualiti yang ada pada pasukan Red Rose.

“Saya lebih suka bercakap mengenai fakta dan buat masa sekarang, kita adalah juara bertahan tetapi saya pasti England akan gunakan perkara tersebut sebagai psikologi untuk melemahkan kami di atas padang nanti.

“Kita boleh lihat kualiti yang ada pada mereka apabila tidak tewas langsung sepanjang kejohanan kali ini dan mungkin momentum itu akan diteruskan sehingga ke peringkat separuh akhir. Malah, mereka juga tidak dibelenggu sebarang kecederaan serius,” katanya.

Mengulas lanjut, Erasmus percaya misi ‘balas dendam’ akan menjadi agenda utama pasukan lawan dalam usaha meleburkan impian anak-anak buahnya untuk mara ke pentas final buat edisi kedua berturut-turut.

“Tewas pada perlawanan final kejohanan besar seperti Piala Dunia sudah tentu akan dikenang sepanjang hayat. Saya percaya situasi tersebut akan membangkitkan semangat pasukan lawan tetapi kami tidak akan menyerah begitu sahaja,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI