JAKARTA – Seorang suami yang bekerja sebagai pegawai polis membuat aduan kepada pihak berkuasa bahawa isterinya didakwa melakukan hubungan sulit bersama seorang doktor di Makassar, lapor portal berita detik sulsel kelmarin.
Seorang ketua polis tempatan, Komang Suartana berkata, aduan itu dibuat oleh pegawai polis dikenali sebagai Iptu AH di Pejabat Polis Sulawesi Selatan.
Suaminya sendiri membuat laporan,” kata Suartana kepada wartawan.
Menurutnya, aduan tersebut masih disiasat dan pihaknya akan meminta keterangan daripada sejumlah saksi.
Sebelum ini heboh di media sosial seorang isteri pegawai polis di Makassar melakukan perbuatan curang dengan seorang doktor ketika suaminya menjalani kursus kepolisian.
Iptu AH yang mengesyaki isterinya berlaku curang, kemudian memeriksa telefon wanita itu dan menemui gambar isterinya tanpa seurat benang bersama doktor tersebut. – AGENSI