fbpx

Muslimat Pas: Ibu reda Nurul Najihah ‘pergi’ ketika bantu orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Najihah (kiri) bersama dua adiknya ketika menghadiri Festival Sunnah Jumaat, baru-baru ini.

ALOR SETAR – Muslimat Pas, Nurul Najihah Amzi yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 390 Lebuh Raya Utara-Selatan di Behrang, Perak pada petang dikenali dengan sikapnya yang ringan tulang dan suka menolong sesiapa sahaja.

Menurut ibu arwah, Mashitah Shafie, 54, dia dan suami, Amzi Ishak, 55, reda dan ikhlas dengan kehilangan anak sulung mereka itu yang ‘pergi’ ketika ingin membantu orang dalam kesusahan.

“Arwah memang suka tolong sesiapa sahaja sejak zaman universiti lagi, sebab itu arwah masuk politik.

“Apabila kami dapat tahu arwah meninggal dunia pun ketika dia hendak membantu orang, kami reda,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Alor Melong, Derga di sini hari ini.

Mashitah menunjukkan gambar terakhir Nurul Najihah (kiri) bersama dua adiknya ketika menghadiri Festival Sunnah Jumaat, baru-baru ini.

Nurul Najihah, 27, merupakan salah seorang daripada Perwakilan Muslimat Pas yang maut dalam kemalangan dekat susur keluar Plaza Tol Behrang di Tanjung Malim, Perak semalam.

Turut maut ialah Ketua Dewan Muslimat Pas Sungai Petani, Taibah Sulaiman, 61, dan Ketua Ameerah Pas Sungai Petani, Fatihah Nabilah Bukri, 23.

Bercerita lanjut, kata Mashitah, ketika kejadian anaknya itu dikatakan cuba membantu sebuah kereta merah yang baru sahaja ditimpa kemalangan di lokasi yang sama.

“Kereta merah itu dikatakan baru terlibat kemalangan, arwah bersama dua rakannya itu keluar dari kereta mereka untuk membantu. Mereka sempat membuat panggilan kecemasan memberitahu tentang kemalangan melibatkan kereta merah itu.

“Ketika berjalan ke kereta merah itu, mereka kena langgar. Kami mendapat panggilan daripada suami arwah selepas solat Jumaat dan diberitahu Nurul Najihah kritikal. Cuma dalam perjalanan kira-kira pukul 3 petang kami dapat tahu dia sudah tiada,” ceritanya.

Menurut Mashitah, kali terakhir mereka bertemu Nurul Najihah pada Jumaat minggu lepas ketika arwah pulang ke kampung itu untuk menjemput dua adiknya, Nor Adibah, 19, dan Siti Aisyah, 13, bagi menghadiri satu program agama, Festival Sunnah di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI