fbpx

Minyak masak peket, gula antara barangan bernilai RM15.5 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan rampasan hasil serbuan di Negeri Sembilan, 10 hingga 20 Oktober 2023.

PETALING JAYA – Peket minyak masak (1kg) serta gula antara pelbagai barangan yang dirampas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pelbagai operasi Op Tiris dan Op Taring bagi tempoh 10 Oktober hingga 20 Oktober lalu.

Menerusi operasi itu, barangan kawalan dan bersubsidi serta penyeludupan barangan sejuk beku yang tidak melalui pemeriksaan kesihatan dan pensijilan halal bernilai RM15.5 juta dirampas.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, serbuan dijalankan oleh Bahagian Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) atau Wildlife, JKDNKA Bukit Aman yang mana empat membabitkan Op Tiris manakala lapan Op Taring.

Katanya, serbuan Op Tiris telah berjaya menangkap seramai 12 orang terdiri daripada 11 lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 48 tahun dan seorang lelaki Myanmar berusia 22 tahun.

“Rampasan dianggarkan bernilai RM1.46 juta dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hazani, lapan lagi serbuan yang dijalankan dalam Op Taring yang mana pihaknya berjaya menangkap seorang lelaki dan dua wanita Indonesia berusia lingkungan 26 hingga 36 tahun.

Jelas beliau, turut dirampas 54,515 kotak yang mengandungi pelbagai makanan sejuk beku, 144 peket gula pasir (1kg) dan 880 paket minyak masak (1kg).

“Keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM14.12 juta dan kes disiasat di bawah Enakmen Haiwan 2015 dan Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Tegas Hazani, kesemua operasi yang dilancarkan telah berjaya mengekang dan memutuskan rangkaian sindiket penyeludupan barangan kawalan dan bersubsidi serta sindiket penyeludupan barangan makanan sejuk beki yang giat aktid di dalam Malaysia.

Mengulas lanjut, Hazani memaklumkan, bagi tempoh Januari sehingga Oktober 2023, pihaknya telah berjaya melancarkan sebanyak 165 serbuan di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak dengan jumlah tangkapan seramai 392 orang.

“Hasil tangkapan dan serbuan itu, kita berjaya melakukan rampasan dianggarkan berjumlah RM215.56 juta,

“PDRM melalui JKDNKA sentiasa komited dalam usaha memerangi kegiatan penyeludupan barangan tidak bercukai kastam serta penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi agar hasil negara dilindungi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI