fbpx

Lelaki rakam pembunuhan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REZABALA duduk di atas kerusi roda ketika dua lelaki tiba di Portoviejo, 17 Oktober lalu. - Foto Jam Press

QUITO, Ecuador – Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) yang duduk di atas kerusi roda ditembak mati secara tragis semasa melakukan penstriman langsung di TikTok untuk pengikutnya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pedro Luis Toala Rezabala, 33, atau lebih dikenali sebagai Lagrimita,  dibunuh di Portoviejo, kira-kira jam 9.45 malam  (waktu tempatan) pada 17 Oktober lalu.

Insiden itu dirakam dalam penstriman langsungnya, manakala sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian turut merakamkan detik terakhirnya selepas dia ditembak dengan kejam di jalanan.

Rakaman CCTV menunjukkan Rezabala duduk di kerusi rodanya selepas keluar dari rumah pada waktu malam dan dia dilihat melukis gambar senjata api ketika dua lelaki tiba dengan menaiki sebuah motosikal dan melepaskan tembakan.

Lelaki ketiga kemudian muncul dan menembak Rezabala di kepala dari arah belakang. Kumpulan itu kemudian melarikan diri dari tempat kejadian.

Menurut laporan tempatan, Rezabala mempunyai rekod jenayah rompakan, pengedaran dadah, tingkah laku ganas dan memiliki senjata haram. Dia dilaporkan bersama seorang rakannya semasa kejadian.

Individu terbabit bagaimanapun berjaya melarikan diri  tanpa mengalami kecederaan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI