fbpx

Krisis Palestin-Israel: Mangsa cedera runtuhan dijahit ‘hidup-hidup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kediaman seorang saudara Ahmad Yassin yang ranap sama sekali akibat dibom rejim Zionis di tengah Gaza baru-baru ini.

ARAU – Selepas hampir dua minggu serangan dan kepungan penuh dilaksanakan di Gaza, Palestin, keadaan penduduk di kawasan itu semakin tenat akibat kekurangan bekalan asas dan ubat-ubatan.

Menurut seorang pelajar Pa­lestin di sebuah institusi pengajian tinggi di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad Yassin, 23, berkata, kepungan itu menyebabkan penduduk Gaza di­nafikan hak asasi dan keperluan asas untuk hidup.

“Keadaan di sana semakin teruk, ubat bius telah habis menyebabkan orang ramai terma­suk kanak-kanak yang ­mengalami luka akibat serpihan mahupun runtuhan bangunan dijahit dalam kea­daan sedar.

“Kepungan dan serangan demi serangan menyebabkan anak-anak kecil mengalami kejutan dan trauma berpanja­ngan,” katanya ditemui di sini semalam.

Kata Ahmad Yassin, selain kehabisan bekalan makanan, air dan elektrik, liputan
perhubungan semakin sukar apabila menara telekomunikasi turut menjadi sasaran pengeboman menyebabkan hubungan melalui internet terputus dan dia ha­nya berhubung dengan keluarga melalui panggilan antarabangsa.

Ujarnya, sehingga kelmarin, semua ahli keluarganya terselamat, namun ada saudaranya maut apabila kediamannya terletak berhampiran kem pelarian Nuseirat, tengah Gaza ranap dibom baru-baru ini.

Katanya, serangan sejak 7 Oktober lalu termasuk pengeboman Hospital al-Ahli sehingga sekurang-kurangnya 500 pela­rian maut adalah bukti kekejaman rejim Zio­nis melakukan jenayah perang.

“Pemimpin dunia Islam perlu mengambil tindakan terhadap kekejaman rejim Zionis dan bukan hanya berdiam diri.

“Saya merayu agar hentikan sokongan kepada mereka, ­jangan termakan propaganda media Barat. Apa yang diterbitkan untuk menghalalkan tindakan mereka menghapuskan penduduk Palestin,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI