fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 5 negeri sehingga 2 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung sehingga pukul 2 petang nanti.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), antara kawasan berisiko adalah di Perak (Bagan Datuk dan Hilir Perak), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang) dan Port Dickson, Negeri Sembilan.

Selain itu, cuaca buruk tersebut juga diramal melanda seluruh negeri Melaka bagi tempoh yang sama.

“Di Johor pula melibatkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” katanya.

Tambah MetMalaysia, amaran ribut petir turut dikeluarkan bagi lima negeri terlibat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI