fbpx

EPL: Ramalan Opta aksi minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY dijangka kembali mencatat kemenangan ke atas Brighton selepas tewas dalam dua aksi sebelum ini. - AFP

LONDON – Manchester City dijangka kembali mendapatkan rentak kemenangan, manakala Liverpool dianggap tidak berdepan masalah menewaskan seteru setempat, Everton, namun Arsenal mungkin sukar untuk meraih kemenangan menentang Chelsea.

Kesemua ramalan tersebut dilakukan oleh super komputer yang dikenali sebagai Opta AI ketika aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali disambung selepas rehat bagi memberikan laluan bagi aksi antarabangsa.

Aksi derbi Merseyside di Anfield pukul 7.30 malam ini menyaksikan Liverpool memiliki peluang sehingga 67 peratus (%) untuk menang menurut ramalan Opta, sementara Everton hanya memiliki 12.2% sahaja peluang untuk melakar kejutan.

Jangkaan tersebut dibuat bukan berdasarkan kedudukan semasa dalam saingan liga, sebaliknya ia berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini apabila The Reds hanya tewas satu perlawanan daripada 25 pertemuan dalam saingan EPL.

Perlawanan melibatkan Arsenal menyaksikan mereka mempunyai peluang 36.3%, manakala Chelsea diramal memiliki 34.7% untuk menang dan 29% menyaksikan perlawanan tersebut bakal diakhiri dengan keputusan seri pada aksi tengah malam ini.

Sementara itu, City yang tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini dijangka kembali meraih kemenangan ke atas Brighton ketika aksi bakal bermula pukul 10 malam ini menerusi 68.8% peluang apabila rekod pertemuan menyaksikan mereka mendominasi 10 daripada 12 pertemuan sebelum ini.

Dalam pada itu, Manchester United yang meraih kemenangan menerusi dua gol pada lewat permainan ketika bertemu Brentford sebelum ini dijangka mampu untuk meraih satu lagi kemenangan bertemu Sheffield United.

Skuad kendalian Erik Ten Hag itu bakal berkunjung ke Bramall Lane pukul 3 pagi esok untuk aksi berkenaan dan diramalkan memiliki peluang sehingga 52.4 peratus untuk membawa pulang tiga mata penuh ke Old Trafford.

Bagi pendahulu liga, Tottenham Hotspur tidak mempunyai peluang yang besar berdepan Fulham di laman sendiri apabila dianggarkan memiliki hanya 51.8% peluang untuk meraih kemenangan dan mengukuhkan kedudukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI