fbpx

Belum jumpa Farid lagi, takut dia buat benda merepek – Fadzil Zahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADIK Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari belum berkesempatan berjumpa dengan abangnya itu sejak rujuk semula dengan isteri, Diana Danielle Ogos lalu.

KUALA LUMPUR – “Alhamdullillah dia buat keputusan terbaik demi masa depan anak-anak malah kami sekeluarga sentiasa mendoakan Farid dan Diana”.

Demikian kenyataan adik kepada pelakon Farid Kamil, Fadzil Zahari mengenai abangnya yang sudah rujuk kembali dengan bekas isteri, Diana Danielle pada 31 Ogos lalu.

Pasangan tersebut sebelum ini bercerai menerusi aplikasi Google Meet di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari Shah Alam, Selangor pada 10 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Fadzil yang juga suami kepada pelakon, Yana Samsudin mengakui belum berpeluang bertemu abang sulung dan kakak iparnya berikutan kesibukan masing-masing.

“Selepas mereka kembali bersama, saya belum lagi berjumpa dengan Farid tapi kita sebagai adik sentiasa mendoakan kesejahteraan ikatan perkahwinan mereka.

“Sepanjang dilanda masalah tempoh hari, saya memang kerap menemaninya sebab saya tahu dia seorang, bila orang yang ada masalah ini sendirian, takut dia buat benda merepek.

“Boleh dikatakan dalam tempoh tiga hingga empat bulan sebelum ini kami banyak menghabiskan masa bersama-sama.

“Apabila mereka buat keputusan berbaik, sudah tentu seisi keluarga menyambut berita itu dengan kesyukuran,” katanya selepas pelancaran produk minuman oat Bagoos, semalam.

Akui penerbit dan penulis skrip itu,  tanggungjawab sebagai saudara terdekat dilaksanakan dengan penuh ikhlas.

“Ibu bapa pun harapkan saya temani Farid sebelum ini sebab saya buat bisnes jadi masa saya boleh aturkan, sebab adik beradik lain semuanya doktor, mereka terikat dengan kerja.

“Sebagai adik saya cuma dapat bagi nasihat, namun pilihan tetap di tangannya kerana dia yang melayari rumah tangga. Kita mampu doakan saja,” ujarnya.

Sementara itu, Yana mengakui dia dan suami mengambil pendekatan tidak mencampuri urusan rumahtangga abang ipar bersama birasnya yang disifatkan sebagai hal peribadi.

“Kalau bab perkahwinan, tak boleh masuk campur sebab orang tua pun nasihat perkara sama, cuma ketika mereka diuji kita bagi sokongan kepada mereka,” katanya.

Kemelut rumahtangga Farid dan Diana menjadi sorotan ramai apabila memilih bercerai selepas 11 tahun bergelar suami isteri namun rujuk semula tiga minggu kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI