fbpx

Anwar minta rakyat Malaysia di Riyadh kekal jaga imej baik negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika bertemu dengan rakyat Malaysia di Riyadh.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan pesanan buat rakyat Malaysia yang berada di Riyadh, Arab Saudi terutamanya golongan mahasiswa untuk terus menjaga imej negara dengan baik.

“Bertemu dengan warga Malaysia di Riyadh yang sebahagiannya merupakan pelajar dan mahasiswa di sini.

“Saya menggesa rakyat Malaysia di sini untuk bersama menjaga imej negara dan bangsa yang kita cintai,” pesannya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Tambah Anwar, dalam pertemuan yang diadakan, beliau turut diajukan pelbagai soalan melibatkan peranan kerajaan termasuklah usaha memperkuatkan ekonomi antarabangsa bersama Arab Saudi.

“Saya gembira tatkala bertemu mereka sambil diajukan berbagai soalan yang tertumpu pada usaha kerajaan mengangkat darjat harakat hidup rakyat selain memperteguh tata kelola, memperkuat ekonomi dan memainkan peranan yang lebih aktif dalam geopolitik dan hubungan antarabangsa,” jelasnya.

Terdahulu, Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh.

Kementerian Luar Negeri berkata, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC itu adalah pertama kali diadakan sebagai platform penting dan peluang dalam memperkukuhkan lagi hubungan antara negara-negara Anggota ASEAN dan GCC melalui kerjasama politik, ekonomi dan sosio-budaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI