fbpx

Wanna Ali, bapa tiri berduet lagu cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANNA tiada masalah untuk menghayati lagu berunsurkan cinta dengan ahli keluarga sendiri asalkan faham etika profesionalisme.

DEMI memenuhi permintaan ibu, penyanyi Wanna Ali merakamkan single duet dengan bapa tirinya, Aiman Ismail menerusi peluncuran karya berjudul Bukan

Sekadar Lafaz biarpun menyedari bakal mengundang persepsi negatif segelintir pihak.

Katanya, mereka profesional dalam menterjemahkan karya ciptaan ibunya, Datuk Ayu Puteh yang menceritakan perjalanan cinta wanita dihormatinya itu.

“Sebenarnya lagu ini adalah runut bunyi drama lakonan saya bersama Alif Satar dengan judul sama yang kini disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia.

“Liriknya berkisar mengenai hubungan ibu saya dan suaminya, Aiman yang juga teman duet saya kerana dia mahu ahli keluarga terdekat sendiri menyampaikan bingkisan ini.

“Bapa tiri saya pun sudah lama menyanyi, jadi kami penuhi permintaan ibu dengan menggalas tanggungjawab ini secara profesional.

“Andai ada pihak skeptikal kami bawakan lagu cinta sedangkan berstatus anak dan bapa tiri, terpulang asalkan jangan sampai berbaur fitnah,” kata penyanyi yang kenali dengan lagu Lepaskanlah itu.

LAGU Bukan Sekadar Lafaz duet antara Wanna Ali dan bapa tiri, Aiman Ismail adalah ciptaan Datuk Ayu Puteh yang juga ibu kepada penyanyi itu.

Sementara itu, Aiman berharap paduan suara dengan anak tirinya, Wanna, 25, tidak disensasikan memandangkan mereka tahu menjaga batas.

“Sudah lapan tahun saya hayati lirik sejak berkahwin dengan Ayu bahkan, Wanna juga tahu betapa bermaknanya Bukan Sekadar Lafaz buat saya.

“Apabila isteri meminta kami berkolaborasi, saya akur dan teruja menanti reaksi pendengar lagu ciptaannya itu terutama penonton drama yang kini sedang ditayangkan ,” katanya.

Mengakui berasa janggal membawakan lagu percintaan dengan isteri bersama anak tiri, kata lelaki berusia 34 tahun itu kehadiran isteri yang juga produser membuatkan kerja rakaman berlangsung sempurna.

“Memang ketika sesi rakaman, saya mengaku agak kekok menjiwai lagu itu tetapi penjiwaan itu datang dengan menatap isteri yang sentiasa berada di sisi kami sepanjang rakaman.

“Lucu juga mengenangkan pengalaman menyiapkan lagu ini, tetapi syukur semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Aiman yang mendirikan rumah tangga dengan Ayu atau nama sebenarnya, Normashayu Puteh pada 2017 sebelum ini pernah tampil dengan single berjudul Cintamu Palsu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI