fbpx

Wanita tidak senonoh tayang punggung, payudara di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar memperlihatkan seorang wanita berkelakuan tidak senonoh dipercayai berlatarbelakangkan lokasi sekitar bandar raya Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Polis sedang menyiasat gambar seorang wanita yang berkelakuan tidak senonoh termasuk menunjukkan payudara serta punggung di tempat awam seperti yang tular dalam media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya mengesan empat keping gambar wanita itu yang dikatakan berlaku di Jalan Gaya Street di sini pada pukul 5.20 petang.

“Dua keping gambar dirakam pada waktu malam memaparkan seorang wanita menunjukkan payudara serta punggungnya, manakala dua keping gambar lagi yang dirakam waktu siang memaparkan wanita itu berpakaian dalam di Jalan Gaya.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Zaidi memohon kerjasama orang ramai yang mengenali individu itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Hatin Amera Mohd Khir di talian 011-12939436.

Sebelum ini tular dua keping gambar menunjukkan seorang wanita mendedahkan payudara dan punggungnya di kawasan umum dipercayai di bandar raya Kota Kinabalu.

Walau bagaimanapun, bilakah gambar itu dirakam dan lokasinya tidak dinyatakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI