fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: Nurul Ain, suami bantu edar air bersih di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Adan (kiri) ketika sedang berbincang dengan peniaga air bersih untuk diedarkan kepada penduduk tempatan.

PETALING JAYA – Selepas gagal meninggalkan Semenanjung Gaza akibat serangan Israel tanpa henti di sempadan Rafah, rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron dan suaminya, Mohamed Adan Shaat mengambil peluang membantu penduduk tempatan mengagihkan bekalan air bersih.

Nurul Ain menerusi perkongsian video di Facebooknya semalam memberitahu, dia dan suami berjaya berunding dengan pihak peniaga air bersih untuk mendapatkan bekalan bagi diagihkan kepada penduduk Gaza.

Katanya, ramai penduduk yang terpaksa minum air kotor demi meneruskan kehidupan.

“Alhamdulillah dapat bincang dengan pemilik, pemilik setuju untuk ambil dan bayar kemudian.

“Got no choice (tidak ada pilihan lain) ramai yang minum air kotor. Saya akan cuba sedaya upaya untuk edarkan air bersih,” katanya.

Terdahulu, Nurul Ain dan suami turut berpeluang mengagihkan pek makanan kepada beberapa keluarga di sana yang dilaporkan telah terputus sumber makanan mereka meskipun suasana sekeliling masih berbahaya untuk dia keluar dari rumah.

“Alhamdulillah untuk hari ini (kelmarin), mula-mula tak mahu edarkan hari ini sebab bahaya, tapi abang ipar bagi tahu ada beberapa keluarga dah terputus bekalan makanan langsung.

“Bismillah dan tawakal Alhamdulillah dgn bantuan Allah Alhamdulillah,” ucapnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI