fbpx

Ramai bimbang, gajah merayau waktu malam di Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kehadiran gajah di laluan Gerik.

PETALING JAYA – Laluan Gerik sememangnya terkenal dengan kehadiran gajah yang kerap muncul di kawasan jalan raya.

Terbaharu, menerusi hantaran di TikTok @tranungnihboh, pengguna media sosial itu berkongsi klip video yang memaparkan kehadiran gajah di laluan tersebut.

Mamalia itu dilihat merayau sebelum kembali ke kawasan habitat asalnya.

Difahamkan, haiwan tersebut menghalang lalu lintas di kawasan terbabit sehingga menyebabkan pemandu lain terpaksa memperlahankan kenderaan.

Menerusi klip video itu, kelihatan gajah berkenaan hanya mahu melintas jalan dan tidak menganggu atau merosakkan kenderaan di kawasan itu.

Susulan perkongsian itu, kebanyakan pengguna menunjukkan kebimbangan mereka dan menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika melintasi kawasan yang menjadi laluan utama mamalia itu.

“Yang mana lalu Gerik, standby buah-buahan atau makanan untuk diberikan pada mereka. Tenang hati kalau tengok mereka makan,” tulis Insan Yang Lemah.

“Kalau jumpa gajah jangan hon dan buka lampu. Gajah kalau terkejut naik minyak, setakat nak perlahan tengok boleh sahaja,” kata Maria Saad.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ryan.

“Tindakan kereta untuk padamkan lampu memang bijak sebab kalau silau akan buat gajah marah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI