fbpx

Rakyat Malaysia kongsi tip untuk ‘survive’ pada hujung bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Untuk bertahan pada hujung bulan sementara menunggu gaji adalah waktu yang sangat mencabar jika anda mempunyai sumber kewangan yang terhad.

Dengan mempunyai perancangan yang bijak, anda boleh berjaya tanpa mengalami terlalu banyak kesukaran.

Pertanyaan Lisa Hadeeja Adelina di Facebook mendapat perhatian ramai tentang perkongsian cara untuk bertahan sewaktu hujung bulan.

Memandangkan isu ini begitu subjektif, pelbagai pandangan dikongsikan oleh pengguna media sosial.

“Bila dapat gaji, beli barang basah dulu. Pergi kerja bawa bekal. Sememangnya cara ini akan buat kita dapat bertahan sampai hujung bulan,” kongsi Zatie Aariz Delon.

“Saya malam jual nasi lemak. Hujung minggu pula, saya pulang ke kampung untuk menoreh getah,” tambah Aziz Manap.

“Saya bertahan sampai hujung bulan dan apa yang saya buat adalah bila saya dapat gaji, saya tidak berbelanja sakan.

“Saya belanja ikut kemampuan. Hujung bulan jika ada baki baru saya akan berseronok,” ulas Hashimah Hassan.

Sementara itu, Mohd. Rafiq Najmuddin Kamal memilih untuk tidak meminjam wang dari kawan atau keluarganya.

Beliau lebih suka bekerja lebih masa dengan melakukan pelbagai pekerjaan sambilan untuk mengatasi keperluan kewangan.

Melalui pelbagai pendekatan yang berbeza, rakyat Malaysia telah menunjukkan idea ketahanan dalam menguruskan kewangan mereka pada hujung bulan.

Jika anda tekad dan mempunyai perancangan yang bijak, maka anda boleh mengatasi cabaran ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI