fbpx

Perlawanan Perak FC-JDT: Penyokong didenda RM1,500 halang tugas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan pasukan polis menangkap dua lelaki pada perlawanan Perak FC dan JDT.

IPOH – Seorang penyokong bola sepak yang ditahan ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak di sini didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia 25 tahun itu kemudian dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,500 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghalang tugas anggota polis.

“Kejadian berlaku ketika perlawanan bola sepak pada pukul 11.15 malam apabila seorang lelaki tempatan diberkas kerana menghalang tugas polis dan mengeluarkan kata-kata kesat.

“Lelaki yang positif ganja itu disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya hari ini.

Menurut beliau, tangkapan turut dilakukan ke atas seorang lelaki berusia 31 tahun bertempat di Pintu B, Stadium Perak pada pukul 8.45 malam.

Katanya, lelaki itu ditahan kerana membawa sebilah pisau sewaktu pemeriksaan keselamatan oleh pihak polis.

“Lelaki itu ditahan reman selama dua hari untuk siasatan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Kita mendapat arahan untuk menuduh suspek di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin minggu depan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan polis menangkap dua lelaki yang mana seorang daripada mereka hanya memakai seluar pendek berwarna hitam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI