fbpx

Pemuda OKU hilang 12 hari ditemui mati di kebun kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALMAN SYAH yang dilaporkan hilang sejak 6 Oktober lalu ditemui meninggal dunia dalam kebun kelapa sawit berhampiran rumah kediaman keluarganya di Felda Sungai Tiram, Johor Bahru, Selasa lalu.

JOHOR BAHRU – Misteri kehilangan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang keluar rumah pada 6 Oktober lalu terjawab apabila ditemui meninggal dunia di sebuah kebun kelapa sawit berhampiran kediamannya di Felda Sungai Tiram, di sini, Selasa lalu.

Syarifah Masnan, 30, berkata, mayat adik lelakinya, Salman Syah, 25, ditemui oleh penduduk di lokasi kira-kira dua kilometer daripada rumah mereka.

Menurut Syarifah, Salman yang menghilangkan diri sejak 12 hari ditemukan dalam keadaan sudah tidak bernyawa lagi.

“Kehilangan Salman akhirnya terjawab, jenazahnya juga selamat dikebumikan di kawasan perkuburan berhampiran kediaman.

“Kami berharap adik tenang di situ dan berterima kasih kepada semua yang bersama kami mendoakan serta berusaha mencari Salman,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan keluarga Salman resah dengan keselamatan anak keempat daripada tujuh beradik itu setelah gagal dikesan sejak keluar dari rumah pada 6 Oktober lalu.

Sejak kecil Salman sering diserang sawan hampir setiap minggu dan masih bergantung kepada ubat.

Salman keluar dari rumah di Felda Sungai Tiram kira-kira pukul 6 petang tanpa pengetahuan ahli keluarganya dan tidak lagi pulang ke rumah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI