fbpx

Neymar terus dirundung malang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR mengalami kecederaan ACL ketika beraksi bersama Brazil ketika menentang Uruguay kelmarin. - AFP

SAO PAULO – Bintang Brazil, Neymar sekali lagi menerima tamparan besar dalam kariernya selepas disahkan mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan bakal jalani pembedahan.

Penyerang kelab Arab Saudi, Al-Hilal itu terpaksa diusung keluar pada minit ke-44 ketika Brazil berdepan kekalahan 0-2 kepada Uruguay pada kempen kelayakan Piala Dunia, kelmarin.

“Rakyat Brazil dan komuniti bola sepak dunia perlu Neymar kembali sihat kerana sukan ini pasti lebih menarik jika dia berada atas padang.

“Namun, ujian imbasan yang dilakukan menunjukkan Neymar mengalami kecederaan ACL dan meniscus pada lutut kirinya,” menurut kenyataan Presiden Konfederasi Bola sepak Brazil (CBF), Ednaldo Rodrigues.

Situasi sekarang memaksa penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil dengan 79 gol itu berehat panjang dan Al-Hilal pastinya paling terkesan selepas berbelanja besar serta melunaskan beberapa permintaan mewah daripada Neymar.

Sebelum ini, Neymar pernah mengalami beberapa kecederaan jangka masa panjang, antaranya kecederaan belakang pada Piala Dunia 2014 dan terbaharu babitkan buku lalinya dan baharu saja kembali ke lapangan Julai lalu.

“Ujian perubatan ke atas Neymar mengesahkan dia alami ACL dan dia akan jalani pembedahan serta mengikuti proses pemulihan yang bakal ditentukan nanti,” menurut kenyataan Al-Hilal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI