fbpx

Nak panggil saya gengster panggillah – To’ki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
To'ki mengaku masih berstatus ahli kongsi gelap namun tidak menyalahi laras undang-undang negara. - MOHD. FARIZWAN HASBULLAH.

PETALING JAYA – Dicop gengster, kasar dan degil gara-gara isu rumah sewa, penyanyi To’ki enggan melatah berdepan pelbagai tuduhan liar yang mencemarkan maruahnya itu.

Kata penyanyi popular era 1990-an, segala tindakannya selama ini demi mempertahankan keluarga, terutama ibu mentua yang terlantar akibat masalah kaki.

Tambah To’ki, bukan sekali bahkan selama ini sudah berulang kali mereka cuba dihalau dari kediaman diduduki.

Begitupun, tahap kesabarannya diakui semakin tipis apabila beberapa minggu lalu, dia dikejutkan dengan kemunculan tuan rumah sewa bersama enam lelaki.

Situasi yang berlaku pada tengah malam tersebut memaksanya mengeluarkan parang untuk melindungi keluarga.

“Ketika itu ada enam lelaki datang, takkan saya nak biar mereka apa-apakan kami terutama ibu mentua yang ketika itu terbaring depan pintu akibat masalah pergerakan.

“Sebagai lelaki, dayuslah saya kalau biarkan mereka apa-apakan keluarga saya atau halau kami begitu sahaja sedangkan saya dah minta tempoh.

“Saya cuma pegang saja (parang) untuk berjaga-jaga kerana tak tahu motif mereka datang beramai-ramai. Itu saja,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online.

Pemilik nama sebenar Mohd. Zaki Mansur, 57, itu mengakui terpalit kontroversi yang masih hangat diperkatakan hingga dicop sebagai gengster.

Begitupun, penyanyi lagu Biasan itu tidak kisah dilabel sedemikian kerana memahami bukan semua orang mengenali keperibadiannya secara dekat.

“Mereka yang kenal saya tahu saya macam mana. Kalau dulu waktu muda saya lantang, tapi sekarang  kita dah makin berusia, malas nak gaduh jadi saya bagi peluang pihak sana saja bercakap.

“Tetapi banyak cakap pun boleh tunjuk bodoh kita. Kejujuran juga penting, andai perkara asas seperti nama sendiri pun tidak didedahkan dengan tepat, itu menunjukkan apa?,” tambahnya.

Sebelum ini tular mengenai seorang penyanyi lelaki yang didakwa bertindak menunjukkan parang ketika pemilik rumah sewanya datang untuk berbincang.

To’ki yang didakwa mempunyai tunggakan sewaan sebanyak empat bulan berjumlah RM3,600 menjelaskan hal berkenaan sudah selesai dengan bantuan Baitulmal tetapi daripada semakan, dia hanya mempunyai baki tertunggak dua bulan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI