fbpx

Mahkamah: 15 Pelabur saman pengasas bersama MYAirline, empat syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 15 pelabur memfailkan saman terhadap Pengasas bersama dan pemegang saham terbesar MYAirline, Datuk Allan Goh Hwan Hua dan empat lagi syarikatnya berhubung Nilai Penebusan Bulanan dan Pulangan Pembiayaan Bulanan yang tertunggak melebihi RM8 juta.

Dalam saman yang difailkan pada 21 Julai 2022 menamakan Allan Goh, syarikat pembangunan laman sesawang dan aplikasi, I-Serve Online Mall Sdn. Bhd. (ISOM) dan Bright Moon Venture PLT (BMV bertanggungjawab untuk mengumpul pelaburan bagi ISOM dan Hwan Hua) sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Turut dinamakan sebagai defendan keempat dan kelima ialah QA Smart Partnership PLT (QAS bertanggungjawab untuk mengumpul pelaburan bagi ISOM dan Hwan Hua) dan Trillion Cove Holdings Berhad (TCH merupakan syarikat pinjaman wang dan penyampaian kewangan).

THC juga merupakan pemberi sokongan kewangan kepada MYAirline dan mempunyai pegangan saham sebanyak 10 peratus dalam syarikat penerbangan itu.

Semakan di mahkamah mendapati, Allan Goh memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pelabur-pelabur terbabit. Kes itu akan didengar pada 22 November ini di hadapan Hakim Adlin Abdul Majid.

Berdasarkan penyataan tuntutan yang difailkan, kesemua pelabur itu menyatakan mereka menandatangani Perjanjian Langganan (SA) dan Perjanjian Pembiayaan Rakan Kongsi (PFA) dengan kesemua syarikat terbabit sekitar 2020 dan 2021.

Kesemua pelabur menyatakan terdapat perjanjian bahawa Nilai Penebusan Bulanan dan jumlah Pulangan Pembiayaan akan dibayar kepada pelabur secara bulanan.

Bagaimanapun, bermula November 2021 hingga Jun 2022, syarikat-syarikat terbabit gagal membuat pembayaran jumlah Nilai Penebusan Bulanan dan Pulangan Pembiayaan Bulanan.

Kesemua pelabur itu selaku plaintif menyatakan pada sepanjang masa material, TCH, BMV dan QAS merupakan ejen kepada ISOM dan Hwan Hua.

Kesemua syarikat itu juga secara kolektif berfungsi sebagai satu unit ekonomi tunggal yang mana kesemua dana yang dikumpulkan oleh TCH, BMV, QAS dan instrumen mengumpul dana yang lain semuanya dilaburkan dalam ISOM.

Selain itu Hwan Hua yang merupakan pemegang saham dalam ISOM serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah TCH adalah satu-satunya minda yang mengawal syariiat-syarikat itu.

Pada 1 September lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan medianya memaklumkan ISOM telah dikenakan kompaun sebanyak RM50 juta kerana menerima deposit tanpa lesen.

Bank pusat itu berkata ia mengenakan kompaun untuk tujuh entiti di bawah Kumpulan i-Serve mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) dan untuk pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4(1) AMLA.

Tujuh entiti itu ialah i-Serve Online Mall Sdn. Bhd. (RM12.5 juta), i-Serve Technology and Vacations Sdn. Bhd. (RM12.5 juta), QA Smart Partnership PLT, QA Elite Partnership PLT, QA Premium Partnership PLT dan MM2217 PLT dan Valuewise PLT (RM5 juta setiap satu). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI