fbpx

MAHB catat 21.7 juta pergerakan penumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sichuan Airlines.

PETALING JAYA – Sebanyak 21.7 juta pergerakan penumpang dicatatkan di lapangan terbang Malaysia pada suku ketiga 2023 susulan pengenalan tiga syarikat penerbangan baharu dan pelbagai laluan baharu oleh syarikat penerbangan sedia ada.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu mencecah lebih 80 peratus pemulihan daripada jumlah trafik suku tahunan buat pertama kali dalam tempoh sama berbanding September 2019.

“Operasi Malaysia menerima kehadiran Salam Air, Super Air Jet dan Sichuan Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Sementara syarikat penerbangan rakan kongsi sedia ada menambah 12 destinasi baharu dan menyambung semula tujuh laluan di samping perkhidmatan semasa,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut MAHB, laluan baharu yang diperkenalkan ialah Kuala Lumpur (KUL)-Muscat oleh Salam Air, KUL-Lombok, KUL-Pekanbaru dan KUL-Surabaya oleh Super Air Jet serta KUL-Haikou oleh Sichuan Airlines.

MAHB menjelaskan, bagi September 2023, kumpulan mencatatkan 6.9 juta jumlah pergerakan penumpang untuk lapangan terbang di Malaysia yang menyumbang 67 peratus daripada keseluruhan prestasi kumpulan pada 10.3 juta.

“Walaupun taufan melanda beberapa bahagian di China, Hong Kong, Macau, Filipina, Taiwan dan Jepun pada September 2023, lapangan terbang tempatan kumpulan mencatatkan 3.3 juta jumlah penumpang antarabangsa, mencapai 79.3 peratus pemulihan trafik, tertinggi untuk trafik bulanan mengatasi paras 2019.

“Sektor domestik mencatatkan 3.6 juta pergerakan penumpang, mencapai 86.7 peratus daripada paras 2019,” kata MAHB.

Tambah MAHB, secara keseluruhan, prestasi untuk Malaysia pada September 2023 mencapai 83.0 peratus berbanding September 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI