fbpx

Konflik Palestin-Israel: Seorang kanak-kanak Palestin terkorban setiap 15 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang budak perempuan cedera dalam serangan tentera Israel di Deir Al-Balah, Gaza kelmarin. - AFP

LONDON – Sebuah pertubuhan pembela kanak-kanak, Save The Children mendedahkan bahawa seorang kanak-kanak Palestin terkorban dalam setiap 15 minit sejak askar Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu, lapor agensi berita Anadolu kelmarin. 

“Lebih 1,000 kanak-kanak terbunuh dalam 11 hari serangan udara ke atas Gaza, manakala seorang kanak-kanak terkorban bagi setiap 15 minit.

“Kanak-kanak merangkumi satu pertiga daripada jumlah kematian di Gaza,” kata badan amal yang berpangkalan di Britain itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu, mengenai keadaan kemanusiaan di Gaza yang kini berada di bawah kepungan menyeluruh Rejim Zionis, Save The Children berkata, Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mengeluarkan amaran mengenai bekalan air bersih.

“Orang ramai terutamanya kanak-kanak kecil berdepan risiko kematian akibat dehidrasi,” kata UNRWA.

Menurut Pengarah Pejabat Save The Children’s Palestine, Jason Lee, bekalan air semakin kehabisan manakala masa semakin suntuk untuk kanak-kanak Gaza.

“Tanpa gencatan senjata, beribu-ribu nyawa kanak-kanak berada dalam keadaan tidak menentu,” ujarnya.

Sementara itu, mengenai laporan yang menyatakan bahawa Rejim Zionis menyambung semula bekalan air ke selatan Gaza pada Ahad lalu, pertubuhan itu berkata, pam-pam air yang dijana dengan tenaga tidak lagi berfungsi selama empat hari tanpa bekalan elektrik di Semenanjung Gaza. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI