fbpx

Jangan malukan Harimau Malaya isu padang koyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN padang yang rumputnya tercabut di sana sini ketika saingan Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.

PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) perlu memberi jaminan bahawa keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) berada dalam keadaan baik dan benar-benar bersedia untuk digunakan bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bermula bulan depan.

Ini ekoran, padang di stadium itu mencipta kontroversi hangat sejak minggu lalu selepas dilihat mudah ‘koyak’ pada dua perlawanan Pestabola Merdeka melibatkan skuad Harimau Malaya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd. Firdaus Mohamed berkata, buat masa sekarang pendirian badan induk bola sepak negara itu adalah masih kekal untuk menggunakan SNBJ.

“Kita akan tetap guna SNBJ pada aksi kelayakan Piala Dunia bulan depan. Namun, kami perlukan surat daripada pihak PSM untuk menyatakan komitmen bahawa padang itu selamat untuk digunakan.

“Situasi ini agar FAM tidak akan dipersalahkan dan apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku kelak, pihak mereka perlu bertanggungjawab terhadap padang.

“Pada masa sama, kita juga akan buat pemantauan dari semasa ke semasa agar kea­daan padang mencapai piawaian ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Mohd. Firdaus turut mengesahkan pihak­nya bersedia untuk mengambil langkah proaktif dengan meneliti venue di negeri lain jika SNBJ tidak dapat digunakan.

“Kita juga menerima cadangan untuk menganjurkan perlawanan antarabangsa di negeri lain tetapi sedikit risau andai sambutan penyokong tidak begitu menggalakkan.

“Semua tahu ketika ini keha­diran Ekor Harimau yang ramai ke stadium termasuk Ultras Malaya sangat membantu menaikkan moral barisan pemain dan situasi sama mungkin tidak berlaku di venue lain,” katanya.

Pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026-Piala Asia 2027, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan D bersama Oman, Kyrgyzstan dan Taiwan.

Harimau Malaya akan berdepan Kyrgyzstan pada 16 November di laman sendiri sebelum berlepas ke Taiwan pada 21 November.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI