fbpx

Jangan keliru, panda gergasi masih ada di Zoo Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua ekor panda Liang liang dan Xing Xing masih di Zoo Negara dan boleh dilihat oleh pengunjung yang hadir.

PETALING JAYA – Ramai pengunjung Zoo Negara rupanya keliru kerana beranggapan pasangan panda gergasi sudah dihantar pulang ke China baru-baru ini sehingga mengakibatkan penurunan pengunjung 20 peratus.

Sebaliknya panda yang dihantar pulang baru-baru ini adalah anak panda gergasi Yi Yi dan Sheng Yi.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmad Lana berkata, pasangan panda gergasi masih ada Zoo Negara.

“Penurunan pengunjung itu mungkin berlaku kerana kekeliruan orang ramai menganggap semua panda sudah balik tetapi sebenarnya yang dihantar pulang ke China itu sebenarnya anaknya (Yi Yi dan Sheng Yi) sahaja.

“Manakala ibu bapa (Liang liang dan Xing Xing) mereka masih ada disini.

“Sekarang kami dalam perbincangan sama ada mahu sambung (perjanjian) ataupun tidak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Dua ekor panda (Liang liang dan Xing Xing) yang masih di Zoo Negara ini telah memiliki tiga cahaya mata iaitu Nuan Nuan, Yi Yi dan Sheng Yi.

Nuan Nuan telah dihantar kembali ke China pada 2017.

Manakala, Yi Yi dan Sheng Yi pula telah dihantar ke China pada 29 Ogos yang lalu.

Yi Yi sepatutnya dihantar pulang pada tahun 2020 tetap ditangguhkan susulan penularan pandemik Covid-19.

“Kita hantar Yi Yi dan Sheng Yi pulang kerana itu Perjanjian Projek Kerjasama Antarabangsa Konversi Giant Panda antara Malaysia dan China.

“Setiap kali kita terima anak panda dan genap umur panda itu dua tahun, kita akan kembalikan pulang ke China,” katanya.

Beliau menyatakan agar orang ramai tidak keliru dengan penghantaran pulang anak panda itu.

“Jangan keliru, baru-baru ini hanya anak dihantar ke China bukan ibu bapa mereka, dua ekor panda gergasi masih ada di Zoo Negara,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI