PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Riyadh, Arab Saudi tepat pukul 8 malam tadi.
Beliau ke Riyadh bagi menghadiri Sidang Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ASEAN yang berlangsung pagi ini.
“Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Riyadh, Arab Saudi tepat pukul 8 malam bagi menghadiri Sidang Kemuncak GCC-ASEAN yang akan berlangsung awal pagi esok.
“Lawatan kerja ini akan berlangsung dari 19 hingga 21 Oktober. Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik demi Malaysia tercinta,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE