PETALING JAYA – Sebanyak dua sungai di Selangor dilaporkan melebihi paras amaran berikutan hujan lebat sejak petang tadi.
Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat pukul 6 petang ini, keadaan kedua-duanya masih menunjukkan trend meningkat.
Ia melibatkan Sungai Kuang di Kampung Melayu Seri Kundang, Gombak mencatatkan rekod bacaan sebanyak 0.26 meter (m) melebihi paras amaran 23.2m.
Sementara itu, Sungai Langat di Pekan Kajang, Hulu Langat pula melepasi paras amaran 25.4m sebanyak 0.69m.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir hampir di seluruh negara sehingga pukul 9 malam nanti. – KOSMO! ONLINE