fbpx

Berpura-pura beli sebelum larikan rantai emas RM58,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar suspek yang berpura-pura membeli rantai emas sebelum bertindak melarikan diri di sebuah kedai emas di Mentakab, Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Seorang lelaki bertindak nekad apabila berpura-pura membeli barang kemas sebelum melarikan seutas rantai emas bernilai RM58,000 di sebuah kedai emas di Mentakab di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu suspek yang datang seorang diri ke dalam kedai berkenaan berpura-pura ingin membeli barang kemas.

“Suspek mencuba seutas rantai leher berharga RM20,000 sebelum meminta pengadu mengeluarkan rantai leher yang lebih besar dan pengadu memberikan seutas rantai leher berharga RM58,000.

“Suspek kemudian menyerahkan semula kedua-dua utas rantai sebelum meminta pengadu menyerahkan rantai leher berharga RM58,000 semula dan sebaik pengadu serahkan suspek terus mengambil rantai leher berkenaan dan berlari keluar dari kedai berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah keretajenis Honda City menggunakan nombor pendaftaran palsu yang diletakkan di tempat letak kereta sebelah kiri hadapan kedai.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan siasatan dilakukan secara menyeluruh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI