fbpx

Anwar, Presiden Palestin sepakat perlunya usaha hentikan keganasan di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengadakan perbualan telefon dengan Mahmoud bagi membincangkan perkembangan terkini di Gaza.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi membincangkan perkembangan terkini di Gaza.

Anwar dalam satu hantaran di Facebook berkata, kedua-dua mereka sepakat perlunya usaha bagi menghentikan sebarang bentuk keganasan yang berlaku ketika ini.

“Kami juga berharap agar semua pihak dapat berusaha untuk memastikan bantuan kemanusian disalurkan dengan segera kepada rakyat Palestin.

“Semasa perbualan ini, saya juga menerima penjelasan terkait serangan yang dilakukan rejim Zionis ke atas orang awam, sayugia kami berdua mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Serangan pengeboman Zionis Israel sejak 13 hari lalu menyebabkan seramai 3,478 kematian dan 12,065 kecederaan dengan tahap keparahan yang berbeza-beza.

Keadaan di Gaza semakin buruk dengan bekalan air, makanan, elektrik, ubat-ubatan juga tidak mencukupi untuk menampung 2.3 juta penduduk Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI