fbpx

Anwar hadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC di Riyadh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Salman Al Saud.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) hari ini di Riyadh, Arab Saudi.

Kementerian Luar Negeri berkata, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC itu adalah pertama kali diadakan ini sebagai platform penting dan peluang dalam memperkukuhkan lagi hubungan antara negara-negara Anggota ASEAN dan GCC melalui kerjasama politik, ekonomi dan sosio-budaya.

Katanya, ia termasuk membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama.

“Sebagai Negara Penyelaras bagi hubungan ASEAN-GCC, penyertaan Perdana Menteri ini mempamerkan komitmen teguh Malaysia kepada ASEAN di peringkat tertinggi.

“Ini amat penting memandangkan Malaysia, sebagai salah sebuah daripada lima negara pengasas ASEAN menjadi anggota yang bertanggungjawab dan proaktif sejak penubuhan ASEAN pada 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wisma Putra memaklumkan, sejurus tamat Sidang Kemuncak tersebut, Anwar dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Salman Al Saud.

Katanya, agenda utama semasa lawatan ini adalah untuk meneruskan perbincangan bagi mempertingkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi.

“Pertemuan itu bakal mempertingkatkan kerjasama ekonomi dan kolaborasi dalam bidang peralihan tenaga, serta mengenal pasti bidang kerjasama baharu.

“Lawatan ini juga akan memberi peluang bagi pemimpin kedua-dua negara bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI