fbpx

Amerika uji ‘kambing’ bersenjata, Russia miliki tentera ikan lumba-lumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENTERA Marin AS menguji robot kambing bersenjata di MCAGCC, California, bulan lepas. - Foto LCpl Webb/US Marines/SWNS

WASHINGTON  – Tentera marin Amerika Syarikat (AS) mula menguji robot kambing berkaki empat di Pusat Pertempuran Darat Udara Kor Marin California (MCAGCC) di  California pada  bulan lepas, lapor portal berita metro.co.uk semalam.

Latihan tertumpu kepada keupayaan pergerakan  sebelum ujian tembakan senjata antikereta kebal M72 LAW oleh robot tersebut.

Penggunaan robot itu membolehkan askar-askar berlindung semasa robot kambing tersebut menyerang musuh.

Satu laporan rasmi latihan itu berkata: “Robot kambing boleh membawa pelbagai sensor atau sistem senjata.”

Seorang pegawai marin yang bertanggungjawab berhubung  integrasi teknologi baru muncul, Leftenan Pertama Aaron Safadi berkata: “Anggota-anggota Marin mungkin berada di belakang robot perlindungan sambil membenarkan sistem senjata robot itu mendekati sasarannya.” 

Tiada garis masa diberikan untuk menggunakan kambing robotik itu, tetapi latihan tersebut digambarkan sebagai memberi peluang kepada tentera Marin untuk menguji teknologi baharu dalam latihan. 

Sementara itu, tentera Russia menggunakan armada ikan lumba-lumba bersenjata untuk mengesan musuh di barisan hadapan di Laut Hitam selepas Moscow menceroboh Ukraine.

Mamalia marin yang dilatih khas itu dikerahkan untuk membantu mengawal pangkalan utama Armada Laut Hitam Russia di Pelabuhan Sevastopol, Semenanjung Crimea.

Haiwan itu digunakan untuk mengesan penyelam musuh, periuk api dan melakukan tinjauan lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI