fbpx

Empat rumah kedai terbakar di George Town

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika membantu memadamkan kebakaran melibatkan empat buah premis di Jalan Perak, malam tadi.

GEORGE TOWN – Empat rumah kedai dua tingkat di Jalan Perak di sini musnah dalam satu kejadian kebakaran, malam tadi.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd. Fadli Omar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 10.23 malam.

“Apabila pasukan bomba tiba di tempat kejadian didapati terdapat kebakaran melibatkan rumah kedai dua tingkat empat pintu.

“Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran di empat rumah kedai ini adalah sebanyak 90 peratus,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan kedai membaiki motosikal, kedai kunci dan sebuah kedai yang dijadikan tempat menyimpan tokong serta sebuah lagi rumah kedai yang kosong musnah.

“Setiap kedai berkeluasan kira-kira 300 kaki persegi. Tiada mangsa terlibat kerana semasa kejadian tiada penghuni di empat buah kedai tersebut. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI