fbpx

Tukang kebun didakwa membunuh pengawal keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

IPOH – Seorang tukang kebun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Bandar Seri Botani di sini Jumaat lalu.

Tertuduh, R. Ravinderan, 55, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret S. Punitha, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Faizal Asri, 43, di dalam pondok pengawal di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) Seri Botani Simpang Pulai antara pukul 3 petang hingga 8 malam pada 13 Oktober 2023.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.

Mahkamah menetapkan 10 Januari 2024 bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan laporan bedah siasat mangsa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI