fbpx

Tidak wajar hentam pemain, saya bertanggungjawab – Pan-gon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain skuad Harimau Malaya jelas kecewa selepas gagal menghadiahkan trofi kejuaraan Pestabola Merdeka kepada para penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin. - FARIZ RUSADIO

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberi jaminan anak-anak buahnya tidak akan goyah meskipun gagal menjuarai Pestabola Merdeka 2023 selepas tewas 0-2 kepada Taji­kistan pada aksi final kelmarin.

Menurut Pan-gon, kritikan hebat yang dilemparkan kepada barisan pemain tidak wajar ke­rana setiap keputusan ditentukan oleh barisan kejurulatihan yang diketuainya.

Pengendali import dari Korea Selatan itu berkata, apa yang boleh dikatakan ketika ini ha­nyalah permohonan maaf selain berharap pasukan belajar daripada kesilapan untuk bangkit pada aksi akan datang.

“Saya telah mendapat mesej yang mengkritik hebat barisan pemain tetapi itu tidak sepatutnya berlaku. Andai ada yang perlu dipersalahkan, salahkan sahaja saya kerana saya dibayar gaji.

“Malah, saya yang mengatur strategi, membuat pilihan pemain serta mengatur kesebelasan utama. Justeru, tidak wajar ada pihak yang menghentam pemain.

“Anda perlu tahu mereka tidak mendapat apa-apa untuk mewakili Malaysia kerana hanya beraksi demi lencana di dada tetapi itu tidak menghalang untuk berikan 120 peratus di atas padang.

“Apa yang pasti, saya jamin keputusan ini tidak akan menjejaskan moral pasukan sebaliknya menguatkan lagi semangat kami untuk tampil lebih cemerlang pada kejohanan akan datang,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad Tajikistan yang berada di kedudukan ranking ke-110 dunia berjaya meraih gol perlawanan hasil ledakan Soirov Rustam dan Samiev Shahrom.

Sementara itu, Pan-gon percaya kekalahan ini bukanlah peng­akhiran meskipun semua pihak kecewa kerana mahu menghadiahkan kejuaraan Pestabola Merdeka buat peminat bola sepak tanah air.

“Saya minta maaf kepada peminat kerana mereka mahukan kejayaan tetapi kami tidak berjaya tunaikan.

“Sudah tentu banyak lagi perkara yang boleh dipelajari khususnya daripada kesilapan mudah yang sepatutnya boleh dielakkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI