fbpx

Tak layan cucu, konflik Palestin-Israel ganggu emosi mentua Ramona Zam Zam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Ramona Zam Zam mengasingkan diri dalam bilik kenang nasib saudara yang masih berada di bumi Palestin.

PETALING JAYA – Tidak hanya bersatu hati menentang serangan Israel ke atas Palestin, situasi meruncing di Gaza turut mengganggu emosi mentua pelakon Ramona Zamzam sehingga mengasingkan diri di dalam bilik mengenangkan nasib saudara-mara yang masih berada d bumi berdarah itu.

Katanya, kerisauan ahkli keluarga mentuanya semakin menjadi-jandi sejak serangan balas Israel ke atas Gaza sekitar dua minggu lalu.

Malah laporan perkembangan terkini di Gaza dengan catatan angka korban tinggi, termasuk serangan bom di sebuah hospital mengakibatkan emosi bapa mentuanya semakin terganggu sehingga menjejaskan rutin harian.

“Anak perempuan saya datang kepada saya sebentar tadi dan beritahu yang dia nak luang lebih banyak masa dengan ‘seedo’ (panggilan atuk dalam bahasa Arab).

“Dia pergi dan beberapa minit kemudian dia datang semula dan maklumkan datuknya enggan luangkan masa bersamanya dengan alasan mengantuk.

“Saya kata, biarlah seedo tidur. Dia mungkin penat. Namum anak saya pelik sebab seedo sentiasa penat dan nak tidur,” tulis Ramona dalam hantaran Instagram.

Menurut ibu kepada seorang anak itu, mentuanya mengakui sengaja mengelak daripada meluangkan masa bermain dengan cucu kerana enggan anak kecil itu terkesan melihat impak keganasan Israel.

“Rupa-rupanya bapa mentua saya memang mengelak untuk bermain dengan Ivanna, dia mengaku terpaksa berbohong.

“Dia sebenarnya sedang menonton berita mengenai konflik di Palestin dan dia tidak mahu Ivanna melihat video pembunuhan yang boleh mengganggu fikiran,” luahnya.

Menurut pemilik nama sebenar Ros Ramona Qadira Mohd. Zamzam, 33, itu, kekejaman Zionis mengakibatkan fikiran anggota keluarga suaminya tidak tenang. “Sejujurnya, fikiran kami sangat terganggu sejak beberapa minggu ini. Anak kecil saya tidak tahu apa-apa.

“Kalaulah anak saya tahu yang datuk dan neneknya berasal dari Gaza dan mereka sangat terpukul menonton laporan berita setiap hari,” luah lagi.

Suami Ramona, Rami Alashkar yang berasal dari Palestin telah hidup berpindah-randah, termasuk di Greece, Qatar, Libya, Bulgaria, Yemen, China dan terakhir menyambung pengajian di Kuala Lumpur.

Rami mendirikan rumah tangga dengan Ramona pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivanna Alashkar yang kini berusia enam tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI