GURUN – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditemui lemas di kawasan air terjun di kaki Gunung Jerai dekat sini selepas dia dipercayai terjatuh dari tempat tinggi ketika mandi bersama beberapa rakannya petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.02 petang.
“Enam anggota BBP Guar Chempedak dikejarkan ke lokasi dan melakukan pencarian di kawasan sekitar mangsa dikhuatiri lemas berdasarkan maklumat rakannya. Mayat mangsa berjaya ditemui kira-kita pukul 6.18 petang tadi,” katanya di sini hari ini.
Kata beliau, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE