fbpx

Penyelidikan IMR berkait Wolbachia diiktiraf WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melawat makmal penyelidikan IMR. FOTO: Saddam Yusofff

SHAH ALAM – Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah membuktikan kemampuan sebagai peneraju dalam ilmu dan sains perubatan negara dengan kajiannya diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, ini melibatkan kejayaan penyelidikan mengenai Wolbachia dalam merencatkan virus denggi, zika dan chikungunya di dalam nyamuk melalui suntikan pada telur nyamuk.

Katanya, ini menjadikan IMR sebagai tonggak utama dalam menangani masalah aedes dan penularan penyakit disebarkan nyamuk ini di peringkat global.

“Ini merupakan salah satu contoh kejayaan yang perlu dibangga dengan penyelidikan dibawah pimpinan Pakar Penyelidik Entomologi Perubatan IMR, Dr. Nazni Wasi Ahmad.

“Berdasarkan kementerian ini mendapati analisis dijalankan menunjukkan kes denggi menurun sebanyak 33 hingga 100 peratus di lokaliti di mana nyamuk Wolbachia dilepaskan,” katanya ketika berucap pada Hari Terbuka IMR, di sini hari ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan hari terbuka tersebut sempena penubuhan IMR ke-123.

Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Zaliha turut menjelaskan, IMR turut memainkan peranan dalam membanteras Covid-19 dengan menerajui penyelidikan dan pembangunan dua jenis vaksin iaitu ternyahaktif dan mRNA.

Tambah beliau, lebih 1.3 juta ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) telah pun dijalankan bermula dari Januari 2020 hingga Mei tahun lalu untuk mengenalpasti kes jangkitan Covid-19.

“Selain penyelidikan, IMR juga secara purata telah menjalankan kira-kira 300,000 ujian diagnostik khusus setiap tahun bagi mengenal pasti penyakit atau keadaan kesihatan melalui penggunaan ujian, pengujian, dan prosedur yang sesuai,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI