fbpx

Pengasas syarikat penerbangan ditahan: Polis siasat sumber kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
‘Datuk’ serta anak lelakinya antara yang ditahan reman selama empat hari bagi menjalankan siasatan lanjut di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat secara menyeluruh termasuk punca kewangan pengasas bersama yang juga pemegang saham sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang ditahan reman semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan polis dibuat secara menyeluruh termasuk bagaimana syarikat penerbangan itu tertubuh.

“Siasatan kita tidak terhad, akan dijalankan secara menyeluruh, meliputi punca dan jejak perjalanan wang dari awal sehinggalah penubuhan syarikat penerbangan terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan, seorang ‘Datuk’ bersama isteri serta seorang anak lelaki ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes sebuah syarikat penerbangan tambang rendah.

Kesemua suspek yang diiringi polis tiba di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Menara KPJ, di sini, pada pukul 12.18 tengah hari.

Ramli berkata, suspek utama yang merupakan seorang ‘Datuk’ adalah pengasas bersama serta pemegang saham sebuah syarikat penerbangan tambang rendah yang bermasalah, baru-baru ini.

Beliau berkata, Datuk serta anak lelaki dan isterinya ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram.

Kata beliau, kesemua suspek dikenakan tahanan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI