PETALING JAYA – Umat Islam di Palestin merupakan golongan yang sangat istimewa kerana sudah dijanjikan oleh Allah untuk membawa 70 ahli keluarga untuk ke syurga abadi setelah mati syahid.
Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, mati syahid merupakan nikmat yang paling ‘sedap’ dalam dunia yang ramai orang tak tahu
Kata Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI, jika rakyat di Palestin mendapat perkhabaran anak atau ahli keluarga meninggal dunia, satu jamuan bergembira akan diadakan kerana tahu betapa besarnya nikmat mati syahid itu.
“Umat Islam di Palestin sangat istimewa sebab merekalah paling ramai jamin masuk syurga. Setiap seorang yang berperang dengan rejim Zionis, dia boleh bawa 70 orang masuk syurga. Sebab itu orang Palestin akan sembelih unta, sembelih lembu untuk buat kenduri apabila tahu ahli keluarga mereka mati syahid.
“Secara fitrahnya, memang ramai yang anggap mereka sengsara dan persoalkan bila akan habis penderitaan mereka. Itulah ujian, Allah angkat martabat orang Palestin ini, Allah sangat kasih kepada mereka. Dia lebihkan bala kepada mereka.
“Orang yang paling banyak dapat musibah tanda orang yang paling banyak dapat kasih sayang Allah. Ini Nabi sebut dalam hadis sahih. Sebab itu orang yang paling banyak Tuhan turunkan bala adalah para nabi, tanda Tuhan sayang,” katanya dalam satu video ceramah yang dimuat naik di aplikasi TikTok.
Tambahnya, Allah beri kemuliaan orang Palestin untuk merasai nikmat paling sedap di dunia iaitu mati syahid yang mana nikmat tersebut sukar didapati pada umat Islam di negara lain.
“Nabi kata orang yang mati syahid ni, dia minta dengan Allah nak hidup sekali lagi sebab nak rasa sekali lagi mati itu sebab mati syahid sedap sangat. Sebab itu orang rindu kepada syahid.
“Ramai anggap mereka derita sebab peperangan yang tidak berkesudahan, tetapi hakikatnya kita (rakyat Malaysia) lagi derita sebab pelbagai larangan syarak berleluasa seperti LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), ketagih arah, pintu masjid pun tak kenal,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Ustaz Azhar Idrus berkata, klimaks kekalahan Yahudi di seluruh dunia adalah apabila terbitnya Imam Mahadi pada bila-bila masa sahaja.
“Nasihat saya jangan sebut dengan takdir contohnya sebut akan muncul pada tahun sekian-sekian. Ia salah di sisi syarak, kita tidak tahu yang ghaib melainkan Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE
@aziah2022♬ bunyi asal – 🇵🇸 Aziah 🇲🇾