fbpx

KPKT gempur premis sewa bilik besar ‘liang lahad’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (kiri) memeriksa sendiri bilik sewa capsule yang ditawarkan wang sewaan sebanyak RM300, di Taman Maluri, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menggempur premis rumah kedai yang menyediakan perkhidmatan sewa bilik sebesar seakan ‘liang lahad’.

Dalam serbuan tersebut, didapati penghuni hanya dibekalkan satu tilam, plug pengecas dan lampu mentol, selain terpaksa berkongsi suasana yang sempit dan busuk itu dengan 40 ke 50 penghuni yang lain untuk dua tingkat banggunan tersebut.

Dengan bayaran RM300 sebulan, penghuni akan ditempatka di kediaman wujud bahaya kebakaran susulan pengubah suaian tanpa kelulusan dilakukan bagi membina bilik sewa bersaiz kecil.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, Operasi Menhalang Bahaya Kebakaran (MBK) itu dijalankan setelah menerima aduan daripada orang awam berhubung premis yang menawarkan 38 bilik di Jalan Maluri, di sini, hari ini.

Katanya, operasi yang membabitkan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dibuat selepas amaran terhadap pemilik premis yang mengubah suai banggunan tanpa kelulus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah dikeluarkan lima hari sebelumnya.

“Pertama kali dalam sejarah, KPKT membuat pemeriksaan mengejut. tujuan operasi ini adalah mengenal pasti wujud bahaya kebakaran selain membawa bahaya kepada penduduk.

“Saya lihat sendiri bilik berbau, sempit dan seolah tiada ciri kemanusiaan. kutipan sewa yang tidak berbaloi untuk pertaruhkan nyawa penyewa bagi mengaut untung.

“Bukan itu sahaja, tidak ada sistem udara dan tidak dilengkapi dengan tingkap, 38 bilik tapi berkongsi satu tandas. Saya anggarkan 40 ke 50 orang penyewa mampu menularkan penyakit berjangkit sekiranya berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan mengejut sebuah premis bilik sewa di Jalan Maluri, di sini, hari ini.

Jelas Kor Ming, hasil pemeriksaan mendapati premis bekenaan juga diubah suai tanpa kebenaran serta tidak dilengkali dengan alatan kecemasan seperti lampu kecemasan keluar.

Kata beliau, pihaknya akan mengeluarkan notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran di bawah Seksyen 8 Akta 341.

“Kita akan beri suatu tempoh yang sesuai kepada pemunya premis untuk mematuhi kehendak notis bagi menghapuskan bahaya kebakaran yang wujud (Seksyen 10 Akta 341).

“Jika notis tidak dipatuhi, satu kertas siasatan akan dibuka bagi tujuan pendakwaan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI