fbpx

Jangan putus berdoa demi keselamatan rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KONFLIK mengenai kekejaman rejim Zionis Israel ke atas Palestin nampaknya membuka mata ramai termasuk golongan selebriti dan pempengaruh.

Menerusinya, mereka menzahirkan soladiriti dan tanda sokongan terhadap rakyat Palestin yang sekian lama ditindas.

Begitu, ada juga yang dilihat mengambil pendirian berdiam diri selain didakwa berat hati untuk mengetengahkan isu tersebut dalam platform sosial ma­sing-masing.

Terbaharu, pempengaruh dikenali sebagai Syamimia atau Mimi hebat dikritik kerana didakwa tidak sensitif serta enggan berkongsi sebarang hantaran mengenai konflik di Gaza.

“Mimi tolonglah gunakan Instagram yang ada 300,000 pengikut itu untuk kongsikan keseda­ran isu Palestin.

“Sedih apabila pempengaruh terutama bukan Islam ramai yang kongsi berkali-kali isu ini tetapi yang beragama Islam diam seribu bahasa. Contohilah Khai­rul Aming,” luah netizen.

Tidak menunggu lama, Sya­mimia yang juga ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ketika ini hanya mampu berdoa, namun tetap berhasrat untuk memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin.

“Tidak berkongsi bukan bermaksud tidak mengambil tahu, tidak tahu, jahil atau tidak sa­yang. Kita semua ada rahsia, Tuhan saja yang tahu.

“Sama-samalah perbaiki diri kita, sokong mana yang benar dan sumbangkan doa. Jika ada rezeki lebih, salurkan sumba­ngan kepada tabung-tabung yang sahih,” ujarnya.

Namun, penjelasan Syamimia menerusi video berdurasi empat minit itu langsung tidak diterima netizen, dan ada yang menganggap dia tidak menjawab dan ­faham situasi sebenar.

Susulan itu, wanita berusia 27 tahun itu bertindak mema­dam hantaran tersebut gara-gara tidak tahan dengan kritikan negatif terhadapnya.

Berkongsi rasa kepada penulis ketika ditemui, wanita kelahiran Kuala Lumpur yang pernah tular dengan video aksinya mendekorasi kediaman jenis Projek Perumahan Rakyat (PPR) itu kemudian memohon maaf dan berharap orang ramai berhenti mengecamnya.

“Boleh sahaja nak tegur, saya suka baca dan terima nasihat. Tetapi tolong jangan sampai memalukan dan menghina.

“Tak baik. Saya tak memalukan diri saya sebab saya tahu apa yang saya sebut. Video tersebut dipadam bukan kerana saya takut hilang followers (pengikut), bukan kerana saya ego, tetap terlampau banyak hinaan dan memalukan nama saya.

“Saya juga minta maaf sekiranya saya tidak menepati kriteria title pempengaruh yang diberikan kepada saya,” katanya.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan peribadinya di aplikasi X menyifatkan, konflik antara Palestin dan Israel yang telah berlaku lebih tujuh dekad itu tidak akan menemui jalan penyelesaian ­kerana tindak balas negara-negara barat yang berkuasa termasuk media mereka.

Katanya, negara barat dan media mereka bersifat hipokrit, taksub dan patologi kerana memilih untuk meneruskan naratif bahawa serangan ke atas Israel itu sebagai pengganas, namun kesalahan mereka jelas terhadap Hamas, Hizbullah dan Iran.

Tambahnya, permusuhan kedua-dua negara itu menjadi semakin tegang apabila tentera Israel membalas serangan dengan melancarkan serangan terhadap beberapa kawasan di bumi Gaza termasuk hospital kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI