fbpx

Jangan ambil kesempatan dana rakyat Palestin – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima sumbangan daripada Khazanah Nasional Berhad dan syarikat GLC pada Majlis Penyampaian Sumbangan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di Kompleks Seri Perdana, hari ini. FOTO - FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Semua pihak yang mengumpul dana buat rakyat Palestin diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan atas kesusahan rakyat di negara berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap wang yang disalurkan itu perlu diurus dengan baik serta bertanggungjawab agar ia dapat disalurkan secara tepat kepada mereka yang memerlukan.

“Saya nak nasihat rakan-rakan di masjid, surau atau orang kutip wang mesti ada pertanggungjawaban…Dia ada peraturannya yang diurus cekap, jangan ambil kesempatan itu untuk bina mahligai kita masing-masing.

“(Bina) badan-badan sukarela kita masing-masing dan membelanjakan begitu tinggi keindahan untuk pejabat padahal dana ini adalan untuk bantuan kemanusiaan,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di sini, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI