fbpx

Euro 2024: Kualiti Serie A jejaskan skuad Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ITALI memilih jalan sukar apabila perlu meraih kemenangan pada baki dua perlawanan terakhir kelayakan untuk mara ke pusingan akhir Euro 2024. - AFP

LONDON – Ketua Jurulatih Itali, Luciano Spalletti mengakui masih banyak perkara yang boleh dipelajari oleh pasukan selepas tewas 1-3 kepada England pada perlawanan kelayakan Kejohanan Euro 2024 kelmarin.

Bekas pengendali Napoli itu mengakui beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki oleh pasukan selaku juara bertahan andai mahu meraih slot kelayakan automatik ke kejohanan berprestij itu pada baki saingan bulan depan.

Kata Spalletti, jurang kualiti yang ada pada saingan Serie A berbanding aksi liga Eropah yang lain termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL) antara faktor utama pemain gagal memberikan tentangan sengit yang diharapkan.

“Saya lihat pemain gagal memberikan fokus yang diharapkan, tetapi dalam masa yang sama kita tidaklah bermain dengan begitu teruk. Cuma, kita gagal memanfaatkan peluang terhidang untuk sekurang-kurangnya meraih keputusan seri.

“Andai ada alasan, saya rasa kemungkinan faktor pengalaman pasukan yang kebanyakannya bermain dalam saingan Serie A sedikit menjejaskan kerana kita akui saingan liga lain di pentas Eropah jauh lebih baik ketika ini,” katanya.

Sementara itu, penyerang Itali, Gianluca Scamacca mengakui perasaannya suka dalam duka apabila berjaya menjaringkan gol pertama dalam pentas antarabangsa, tetapi masih belum cukup untuk membantu pasukan melakar kemenangan.

“Saya rasa kita tidak sepatutnya tewas pada perlawanan ini dan keputusan yang diraih bukanlah refleksi keadaan sebenar. Semua pemain sudah bekerja keras tetapi pasukan lawan lebih bernasib baik untuk melakar kemenangan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI