fbpx

Bilik kontena terbakar, dua warga Indonesia maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat dua warga Indonesia ditemui dalam bilik yang terbakar 20 peratus di ladang kelapa sawit di Suai Niah, Miri awal pagi tadi.

MIRI – Dua lelaki warga Indonesia meninggal dunia, manakala dua lagi selamat selepas bilik berstruktur kontena yang didiami mereka di ladang kelapa sawit di Suai Niah, di sini terbakar.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 6 pagi tadi, dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah ke lokasi.

“Setiba di lokasi mendapati berek rumah pekerja sawit terbabit terbakar kira-kira 20 peratus dan pasukan bomba melakukan pemadaman menggunakan sumber air dari jentera. Kejadian melibatkan dua mangsa meninggal dunia di dalam bilik berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata kedua-dua mangsa yang berusia 30 dan 35 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI