fbpx

Banjir kilat: Trafik sesak, perlahan hampir semua pelosok ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik di Jalan Parlimen dilaporkan sesak dan perlahan akibat banjir kilat setakat pukul 5.12 petang tadi.

PETALING JAYA – Trafik kelihatan perlahan dan sesak akibat hujan lebat sehingga menyebabkan banjir kilat di beberapa lokasi di sekitar ibu negara.

Menerusi hantaran Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Facebook setakat pukul 5.32 petang tadi, trafik kelihatan sesak di Jalan Kinabalu, Jalan Pahang, Jalan Ampang dan Jalan Pudu.

“Trafik turut dilaporkan sesak di Jalan Melaka, Jalan Parlimen, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Cheras dan Jalan Chan Sow Lin.

“Kesesakan turut berlaku di Jalan Damansara, Jalan Bangsar dan Jalan Syed Putra,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di 10 negeri malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan menerusi Facebook berkata, antara negeri terlibat adalah Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI